suria

Lebih rancak, unik! Legoland Malaysia tawar tarikan baharu sepanjang tahun ini

Legoland Malaysia menjanjikan tarikan yang lebih menarik untuk 2024.

LEGOLAND Malaysia Resort bersedia menyajikan anda dengan kemeriahan dan keriangan berganda pada tahun ini.

Dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Legoland Malaysia menyasarkan untuk merancakkan kembali industri pelancongan tempatan.

Di Legoland Malaysia, pelancong tempatan dan dari serata dunia akan menikmati momen percutian unik yang tidak terdapat di tempat lain.

Pengarah Bahagian Legoland Malaysia Resort, CS Lim berkata, tarikan di Legoland adalah lebih daripada sekadar taman tema.

"Tahun 2023 adalah tahun yang mengujakan untuk Legoland Malaysia.

"Keluarga dari seluruh dunia dapat merasai sendiri tarikan baharu yang kami tawarkan seperti Miniland Amazing Malaysia, Lego 4D movies dan Lego Friends Rooms di Legoland Hotel.

"Pas tahunan kami juga mendapat sambutan hangat kerana begitu banyak manfaat yang menanti," kata CS Lim.

Sehubungan itu, tahun ini bakal menyaksikan lebih banyak aksi permainan untuk menghiburkan para pengunjung.

1) Splash Carnival

Digemari oleh setiap pengunjung Legoland, Splash Carnival akan kembali pada Julai depan.

2) Legoland School Challenge

Acara yang dinanti-nantikan akan kembali dengan tema baharu dan mengalu-alukan penyertaan sekolah dari seluruh Asia Tenggara.

3) Miniland Amazing Malaysia

Budaya dan daya tarikan dari seluruh negara digabungkan ke dalam jutaan batu bata Lego.

4) Master Model Builder Search

Legoland Malaysia sedang memburu siapa yang mampu mencipta Master Model Builder pertama yang luar biasa!

5) Lego Friends Rooms

Luangkan malam anda dengan dikelilingi watak Lego Friends kegemaran anda di bilik hotel, sekali gus menjadikan 'pengembaraan' ketika diulit mimpi begitu sempurna.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain