suria

Ronaldo makin terbuka bercerita kisah kematian anak, sempat luah isi hati sebelum berangkat ke Qatar

Cristiano dan Georgina cekal teruskan hidup selepas kematian bayi mereka.

PEMAIN sensasi Cristiano Ronaldo nampaknya semakin terbuka bercerita mengenai kematian anak lelakinya yang berlaku April lalu.

Biarpun Ronaldo, 37, dan pasangannya, Georgina Rodriguez, 28, masih berduka, mereka kini perlahan-lahan menerima takdir untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Menurut Ronaldo, kehilangan bayi lelakinya itu merupakan antara detik yang paling sedih pernah dihadapi dalam hidup, sejak pemergian bapanya.

“Apabila kita melahirkan anak, kita pasti berharap yang kehidupan akan berjalan seperti biasa tetapi apabila masalah seperti ini berlaku, ia sebenarnya susah untuk ditempuhi.

ARTIKEL BERKAITAN:"Manchester United telah khianati saya" - Ronaldo dakwa dirinya dijadikan kambing hitam

“Sebagai seorang bapa, saya dan isteri susah untuk menerima situasi ini kerana tidak faham kenapa ia berlaku kepada kami berdua,” ujarnya.

Ronaldo berkongsi luahan hatinya itu menerusi temubual TalkTV yang disiarkan pada Rabu dan Khamis.

Program itu dirakam sebelum Ronaldo berangkat ke Qatar untuk menjalani latihan bersama pasukan Portugal menjelang Piala Dunia yang akan bermula tidak lama lagi.- Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Putrajaya banjir selepas satu jam hujan