suria

"Hanya Jorginho yang layak..." Chiellini sokong bintang Chelsea untuk Ballon d'Or

CHIELLINI akan bertemu dengan Jorginho dalam aksi Kumpulan H, Liga Juara-Juara (UCL) di Turin, Itali pada awal pagi Khamis.— Agensi

HANYA Jorginho yang layak untuk mendapat pengiktirafan Ballon d'Or, kata kapten Juventus, Giorgio Chiellini.

Menurut Chiellini, rakan sepasukannya dari Itali itu layak menerima anugerah berkenaan kerena dia mempunyai pencapaian yang memberangsangkan sepanjang musim lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu dikecam hebat, kini Jorginho makin disayangi peminat Chelsea

ARTIKEL BERKAITAN: Hamilton bangga tidak pernah sarung sut Ferrari

Jorginho memenangi Liga Juara-Juara bersama Chelsea dan Euro 2020 bersama negaranya musim lalu malah, dia dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Lelaki UEFA pada September.

"Saya harap dia dapat menang, dia adalah rakan baik saya dan pengiktirafan untuk Jorginho adalah kemenangan untuk kami semua (pemain Itali).

"Saya pernah menjalani latihan bersamanya, dia merupakan pemain yang hebat di padang dan mempunyai peribadi yang baik," katanya.

Meskipun akrab, Chiellini tetap akan berdepan dengan Jorginho dalam aksi Kumpulan H, Liga Juara-Juara (UCL) di Turin, Itali pada awal pagi Khamis.

Tambahnya lagi, Jorginho mempunyai kualiti teknikal yang hebat dan dia sangat berharap rakannya itu akan memenangi Ballon d'Or.

Sementara itu, Chiellini turut mengulas tentang persediaannya untuk berdepan dengan 'musuh baru' Romelu Lukaku.

Bekas penyerang Inter Milan itu berpindah ke The Blues dengan harga GB£98 juta (RM555 juta) pada musim panas.

Pemain asal Belgium itu menjaringkan 30 gol dalam 44 perlawanan untuk Inter musim lalu.

Menurut Chiellini, pertembungan malam ini akan menjadi lebih dari sekadar pertempuran antara kelab.

"Tidak banyak yang boleh saya katakan tentang Lukaku, kami akan cukup bernasib baik jika kami bermain permainan seimbang.

"Dalam situasi ini, sukar untuk menandainya, kita harus mempamerkan prestasi yang terbaik ketika di padang," ujarnya. — Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain