suria

Hamilton bangga tidak pernah sarung sut Ferrari

HAMILTON tidak gentar dengan persaingan itu malah, semangatnya lebih berkobar-kobar untuk menang. — Agensi

JUARA dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton menyatakan bahawa dia mungkin memadam hasratnya untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Ferrari dalam kariernya sebagai pemandu F1.

Menurut pemandu Mercedes itu, dia berbangga kerana tidak pernah menyarung sut merah Ferrari yang merupakan impian dan sasaran semua pelumba F1.

ARTIKEL BERKAITAN: Piala Sudirman: Malaysia harus waspada kejutan Mesir

ARTIKEL BERKAITAN: Russell simpati nasib malang Norris

"Selama bertahun-tahun, setiap kali saya datang ke Monza peminat akan berkata kepada saya supaya menyertai Ferrari.

"Selama bertahun-tahun menjadi pemandu F1 saya tidak pernah ditawarkan untuk menyertai pasukan itu dan itu tidak mungkin akan terjadi malah, saya tidak tahu mengapa," katanya.

Tambah pemandu berusia 36 tahun itu, dia mendoakan yang terbaik untuk pasukan berkenaan kerana ketika ini apa yang disasarkan adalah untuk menghalang pasukan Ferrari daripada memenangi perlumbaan.

Jelasnya, dia memiliki beberapa buah kereta Ferrari di rumah namun, dia tidak berpeluang untuk mengendalikan jentera perlumbaan jenama terkemuka itu.

Ferrari mengetengahkan bakat-bakat muda seperti Charles Leclerc, Max Verstappen, George Russell, Lando Norris dan lain-lain yang sedang meningkat naik di arena F1.

Menjawab tentang tentangan generasi muda untuk musim perlumbaan 2022, Hamilton memberitahu dia tidak gentar dengan persaingan itu malah, semangatnya lebih berkobar-kobar untuk menang.

"Tetapi itulah sebab mengapa saya mahu kekal di F1, kerana ia merupakan peluang untuk saya menunjukkan kemahiran.

"Saya percaya pengalaman saya dapat membantu pasukan kerana saya sudah lama berada di F1.

"Saya akui pelumba muda seperti Russell menampilkan prestasi yang memberangsangkan namun, saya juga dapat belajar darinya dan saya tidak ragu untuk belajar dari seseorang yang lebih muda, ” ujarnya.

Kata Hamilton lagi, dia mengakui yang usianya jauh lebih tua dan golongan muda tidak takut apa-apa.

"Saya suka menyaksikan mereka memandu.

"Saya harap saya masih layak mendapat tempat saya di sini, untuk memberi respons kepada mereka dengan cara yang paling berkesan," jelasnya. — Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Hamilton, Ferrari, Mercedes, F1, bangga

Artikel Berkaitan

Russell simpati nasib malang Norris

Artikel Lain