suria

Piala Sudirman: Malaysia harus waspada kejutan Mesir

ZII Jia turut menyumbangkan mata buat skuad badminton negara pada saingan kumpulan D Piala Sudirman di Finland pada Isnin. — AFP

SKUAD badminton negara harus berwaspada dengan kejutan yang boleh dilakar Mesir menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi kedua Kumpulan D, kejuaraan berpasukan Piala Sudirman di Energia Arena 2, Vantaa, Finland pada Selasa.

Kemenangan ke atas Mesir amat kritikal buat skuad Piala Sudirman negara sebagai suntikan moral menjelang pertemuan berdepan pasukan pilihan, Jepun pada Khamis sekali gus mencerahkan prospek untuk mara ke suku akhir.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja keluar peluh, sukan badminton terbukti berkesan untuk kesihatan mental dan elak kemurungan

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Beregu badminton negara raih pingat gangsa

Dalam aksi pertama Kumpulan D pada petang Isnin, skuad badminton negara bermula dengan langkah kanan apabila menewaskan England dengan kemenangan tipis 3-2.

Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See menghadiahkan mata pertama Malaysia apabila mengejutkan gandingan Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang juga pasangan pilihan, Marcus Ellis-Lauren Smith.

Pasangan ranking ke-27 dunia itu menewaskan lawan mereka yang jauh berpengalaman di ranking ketujuh dunia dengan kemenangan 21-19, 21-18 dalam tempoh 48 minit.

Pasangan ranking ke-27 dunia itu menewaskan lawan mereka yang jauh berpengalaman di ranking ketujuh dunia dengan kemenangan 21-19, 21-18 dalam tempoh 48 minit.

Kemenangan itu ternyata menyuntik semangat pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia yang meneruskan momentum positif apabila menewaskan Johnnie Torjussen untuk mata kedua Malaysia.

Zii Jia yang turun dengan reputasi sebagai juara Seluruh England tidak berdepan masalah apabila menewaskan lawannya yang berusia 22 tahun serta berstatus ranking ke-202 dunia itu dengan 21-4, 21-15 dalam masa 28 minit.

Mata ketiga negara pula disumbangkan oleh pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila menundukkan gandingan Ben Lane-Sean Vendy.

Beregu lelaki negara yang menduduki ranking kelapan dunia itu menang set pertama 22-20 setelah saling mengejar mata sebelum menang 21-18 pada set kedua dalam masa 40 minit.

Sementara itu, S Kisona terpaksa akur dengan kehebatan Abigail Holden apabila dijinakkan dalam acara perseorangan wanita setelah pemain ranking 53 dunia tersebut tewas 16-21, 20-22 kepada pemain berstatus 176 dunia berkenaan dalam tempoh 43 minit.

Bagi pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah yang berkedudukan ranking ke-19 dunia pula tampil semangat juang tinggi apabila mengheret perlawanan ke set penentuan sebelum mengalah kepada pasangan nombor 14 dunia, Chloe Birch-Lauren Smith 18-21, 21-17 dan 10-21.

Sementara itu, Jepun melaungkan amaran awal apabila membelasah Mesir 5-0 dalam satu lagi aksi kumpulan D di Energia Arena 2.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Artikel Lain