suria

Neymar bikin Mbappe bengang

MBAPPE (kanan) tidak menyukai tindakan Neymar yang tidak membuat umpanan baik kepadanya dalam aksi berdepan Montpellier semalam. — Reuters

PENYERANG Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe didakwa berang dengan rakan sepasukannya, Neymar sewaktu menewaskan Montpellier 2-0 dalam saingan Liga Perancis (Ligue 1) pada Ahad.

Menurut laporan RMC Sport, Mbappe berang selepas mendakwa Neymar sengaja tidak membuat hantaran yang baik kepadanya sepanjang perlawanan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru dua perlawanan, Messi sudah naik tocang tunjuk perangai sebenar

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji Messi dibayar dengan kripto

Mbappe dan Neymar disenaraikan dalam kesebelasan utama PSG pada perlawanan itu.

Pemain tengah PSG, Idrissa Gueye pada mulanya menjaringkan gol pertama buat pasukan itu pada minit ke-14.

PSG bagaimanapun bergelut untuk menembusi pertahanan Montpellier selepas itu.

Pengurus PSG, Mauricio Pochettino kemudiannya menggantikan Mbappe dan Angel di Maria dengan memasukkan Julian Draxler serta Mauro Icardi.

Tidak perlu menunggu lama, Draxler terus meledak gol kedua PSG pada minit ke-89 selepas menerima umpanan Neymar dari sebelah kanan kotak penalti.

Selepas PSG meledak gol kedua itu, kamera terarah kepada Mbappe yang menyuarakan kemarahan kepada Gueye di bangku simpanan.

"Dia tidak menghantar bola sedemikian kepada saya," kata Mbappe kepada Gueye, merujuk umpanan Neymar untuk Draxler.

Insiden itu mengeruhkan lagi situasi Mbappe di PSG yang sebelum ini menyuarakan keinginannya berhijrah ke Real Madrid selepas ketibaan Lionel Messi. — Detik

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Neymar, Mbappe, PSG, Ligue 1, Montpellier

Artikel Lain