suria

Russell simpati nasib malang Norris

RUSSELL percaya Norris punyai banyak peluang untuk meraih kemenangan dalam perlumbaan selepas ini. — Agensi

PEMANDU Formula Satu (F1) Williams, George Russell berasa simpati dengan rakan pesaingnya dari McLaren, Lando Norris yang gagal menamatkan kedudukan podium di Grand Prix Rusia pada Ahad.

Norris seolah-olah berdepan mimpi buruk di litar lumba Sochi Autodrom, Rusia, susulan hujan lebat di akhir perlumbaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Man. United ledak 55 percubaan dalam dua aksi terakhir, tetapi satu pun tak gol

ARTIKEL BERKAITAN: Piala Sudirman: Lawan England macam aksi final - Roslin Hashim

Menurut Russell, dia berdepan situasi lebih kurang sama pada Grand Prix Sakhir, Bahrain tahun lalu.

Katanya, ketika itu dia gagal meraih kemenangan ekoran masalah tayar yang dihadapinya.

"Hujan adalah mimpi buruk untuk setiap pemandu dan ia boleh menjejaskan perlumbaan.

"Saya pernah berada dalam situasi sama dengan Norris dan faham perasaan dia. Saya percaya banyak peluang lagi untuknya mengecap kejayaan dalam perlumbaan selepas ini," katanya.

Tambahnya, kegagalan yang berpunca daripada cuaca (hujan) bukanlah satu kesilapan tetapi adat dalam perlumbaan.

Dia juga mengatakan bahawa setiap pelumba akan terganggu dengan keadaan hujan ketika berlumba kerana ia menyebabkan litar menjadi licin dan bahaya.

Russell berjaya menghabiskan perlumbaan di tempat ketiga, sekali gus menyumbang satu mata buat pasukan Williams.

Jelasnya lagi, kelajuan pada tahap P8 adalah yang maksimum dalam keadaan sedemikian.

"Kami melakukan tugas yang cukup baik dalam menguruskan segalanya dan ketika hujan, kami berada di titik yang tepat tetapi kami benar-benar berjuang.

"Setiap pelumba juga perlu realistik dan membuat pilihan terbaik bukan hanya untuk menang tetapi mempertimbangkan aspek keselamatan," kongsinya. — Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Russell, Williams, Norris, McLaren, F1, hujan

Artikel Lain

Pelajar boleh bawa telefon ke sekolah?