suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gaji Messi dibayar dengan kripto

MESSI dikhabarkan menerima gaji 700,000 euro (RM3.4 juta) di PSG. — AFP

PEMAIN bola sepak terkemuka, Lionel Messi dilaporkan menerima gaji dalam bentuk mata wang kripto bersama kelab Paris Saint Germain (PSG).

Agensi berita L'Equipe baru-baru ini mendedahkan butiran kontrak Messi yang diberikan oleh PSG.

Pemain berkenaan menerima gaji sebanyak 110 juta euro (RM538 juta) selama tiga musim.

Gaji mingguannya pula boleh mencecah sehingga 700,000 euro (RM3.4 juta).

Bagaimanapun, tidak semua gaji tahunannya dibayar dengan mata wang fiat.

Menurut laporan L'Equipe, PSG membayar kira-kira satu juta euro (RM4.9 juta) dalam bentuk mata wang kripto.

Mata wang kripto yang digunakan oleh PSG adalah token peminat. Token tersebut merupakan mata wang kripto milik kelab berkenaan.

Sama seperti Bitcoin dan mata wang kripto lain, token peminat turut boleh digunakan untuk melakukan transaksi digital.

Malahan, kedatangan Messi ke PSG dikhabarkan telah meningkatkan harga jualan token peminat.

PSG dikatakan mampu mengaut keuntungan hampir 30 juta euro (RM146.7 juta) setahun hasil penjualan token peminat tersebut.

Setakat ini, Messi membuat dua penampilan bersama PSG namun masih belum mencetak sebarang gol atau bantuan hantaran. — Detik

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Lionel Messi, PSG, kripto, fan token

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain