suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perhitungan dua 'mesin gol', siapa lebih tajam?

ROMELU Lukaku dan Harry Kane dijangka akan jadi tumpuan dalam perlawanan EPL malam ini. — Agensi

ROMELU Lukaku dan Harry Kane tidak boleh lagi dinafikan statusnya sebagai dua penyerang hebat yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun ketika ini, hanya seorang daripada mereka sudah pun membuktikan kemampuan, menyaksikan Lukaku merekodkan tiga gol dalam tiga perlawanan diharungi bersama Chelsea.

Kane pula masih lagi menanti jaringan pertamanya buat Tottenham Hotspur pada kempen kali ini.

Kedua-dua kelab itu akan membuat perhitungan pada malam Ahad dengan Chelsea akan berkunjung ke Stadium Tottenham Hotspur.

Kali terakhir dua kelab bertemu di utara London musim lepas, The Blues berjaya raih kemenangan menerusi jaringan tunggal Jorginho.

“Ada satu persamaan ketara, mereka menjaringkan gol penentuan. Mereka sering menjaringkan gol walaupun mereka adalah pemain yang memiliki permainan berbeza.

“Kami perlu fokuskan kepada cara bertahan untuk menyekat Harry Kane dan bagaimana untuk berada berhampiran dengannya,” kata pengendali Chelsea, Thomas Tuchel.

Bagi pengurus Spurs, Nuno Espirito Santo pula sentiasa berasa yakin dengan apa yang mampu diserlahkan Kane.

“Harry adalah pemain luar biasa. Kualiti dan bakatnya cukup mengagumkan saya.

“Harry perlu tingkatkan lagi permainannya. Kami kini dalam proses untuk cuba mencari tahap kecergasan terbaik.” - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Lukaku, Kane, Chelsea, Spurs

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gaji Messi dibayar dengan kripto

Artikel Lain