suria

Jika United gagal, kita akan lihat siapa jadi mangsa — Klopp

KEHADIRAN Cristiano Ronaldo ke Man United meletakkan Ole Gunnar Solskjaer dalam situasi tertekan. — Agensi

OLE Gunnar Solskjaer muncul pengurus paling dicemburui selepas kejayaannya membawa masuk beberapa pemain terbaik dunia ke Manchester United.

Hasil daripada jendela perpindahan musim panas kali ini, United dilihat bertambah kuat dengan kehadiran Jadon Sancho, pemenang Piala Dunia, Raphael Varane dan pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo.

Ketika skuad dimiliki cukup kuat, Solskjaer sepatutnya wajar mendengar apa yang cuba diperkatakan rakan sejawatnya di Liverpool, Jurgen Klopp sekiranya mahu memenuhi potensi kelab dan mahu memenangi Liga Perdana Inggeris buat kali pertama sejak 2013.

Kekuatan kewangan dimiliki juga mungkin meletakkan Solskjaer dalam situasi tertekan jika gagal menghadirkan trofi pada kempen kali ini.

“Jika pasukan tidak beraksi baik, kita sudah tahu siapa yang akan dipersalahkan. Harapan terhadap Ole untuk memenangi sesuatu cukup tinggi.

“Saya juga mahu United kembali ke laluan kemenangan. Tahun 2013 adalah kali terakhir mereka menang Liga Perdana Inggeris.

“Jadi kalau tahun ini mereka tidak menang piala, ia agak mengecewakan dan pada pendapat saya itu adalah kegagalan,” kata Klopp.

Apa yang diperkatakan Klopp buatlah sesuatu yang baharu kerana bekas pemain United, Dimitar Berbatov turut mengingatkan Solskjaer mengenai fakta yang sedang dihadapinya.

“Harapan terlalu tinggi,” kata Berbatov. — Mirror

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

ronaldo, man united, jurgen klopp

Artikel Lain