suria

Big Show kongsi pengalaman di WWE, AEW

WIGHT tiada masalah untuk berkongsi pengalamannya dalam arena gusti dengan bakat muda. — Agensi

NAMA Big Show sudah tidak asing lagi dalam arena gusti WWE dan AEW yang menjadi medan dalam melonjakkan namanya sehingga dikenali ramai.

Big Show atau nama sebenar Paul Wight dalam satu temubual bersama media tempatan (Amerika Syarikat) berkongsi pengalamannya sebagai seorang ahli gusti dan perbezaan yang dilihat dalam produksi WWE dan AEW.

Kata Wight, tidak ada isu negatif ingin diperkatakan tentang kedua-dua produksi terutama dalam perihal promosi yang disifatkan sebagai luar biasa.

"Apa yang berbeza adalah tentang penerbitan program-program berkenaan. Secara amnya, kedua-duanya berbeza.

"WWE akan selalu menjadi hiburan untuk tontonan sukan manakala AEW lebih kepada produk gusti yang sahih," katanya.

Tambahnya, dalam AEW dia lebih bebas menampilkan aksi gusti tanpa sebarang halangan.

Perkara itu berbeza dengan WWE yang lebih menumpukan kepada gaya perlawanan yang ingin dilihat oleh penonton dan meraih populariti.

Perkara ini menjadikan ramai ahli gusti AEW berpindah dari WWE untuk mengembangkan karier mereka.

Wight dikenali dengan nama Big Show di pentas WWE manakala untuk AEW dia menggunakan nama sendiri sebagai nama pentas.

Mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam bidang ini, Wight mahu berkongsinya dengan bakat muda supaya mereka oleh memanfaatkannya untuk tahun-tahun yang akan datang.

"Saya telah melalui setiap pertempuran dan bila-bila masa saya dapat menolong pendatang baru untuk lebih memahami industri ini.

"Industri ini adalah seni, kita semua melakukan perkara asas yang sama hubungan dengan penonton semasa perlawanan perlu diambil perhatian," ujarnya.

Tambahnya lagi, watak gusti tidak lagi seperti dulu. — Agensi

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

wwe, aew, gusti, big show

Artikel Berkaitan

Artikel Lain