suria

Tuchel ramal Kane akan ke City

TUCHEL turut mendedahkan bahawa dia turut diberitahu dengan hasrat Kane untuk mencari kelab baru. — Agensi

PENGURUS Chelsea, Thomas Tuchel memaklumkan bahawa Harry Kane akan berpindah ke Manchester City pada musim panas ini.

Bagaimanapun Tuchel turut menegaskan bahawa dia gembira penyerang Tottenham Hotspur itu kekal di kelab asalnya.

Menurutnya, jika Manchester City berjaya menarik Kane dia berpendapat pemain itu akan ia mengubah gaya permainan kelab berkenaan.

"Saya fikir ini akan berlaku.

"Di sisi lain, saya gembira dia kekal di Spurs kerana ia mencerminkan imej yang baik apabila ada pemain yang sehingga kini masih kekal bermain untuk satu kelab hanya dalam liga," katanya.

Tambahnya lagi, meskipun bakal bertemu dengan Spurs dalam perlawanan pada Ahad, Tuchel memberitahu bahawa pasukannya sudah bersedia untuk berhadapan dengan kelab itu.

"Kami tidak takut kepada siapa pun dan menerima tentangan daripada mana-mana pasukan tidak kira Manchester City, Manchester United atau Liverpool.

"Kelab-kelab ini adalah pasukan yang kuat seperti pasukan lain dalam liga ini. Mereka mempunyai pasukan yang mantap dan tidak salah untuk mereka memperjuangkan pemain terbaik," ujarnya.

Terdahulu, Kane dikhabarkan pernah menyatakan hasrat untuk keluar dari Spurs pada penamat musim lalu kerana kecewa dengan kegagalan pasukan itu untuk memenangi sebarang kejuaraan.

Dalam jendela perpindahan sebelum ini, Manchester City sering dilaporkan cuba untuk menyunting Kane pemain berusia 28 tahun itu.

Selain City, Chelsea dan Manchester United juga dikatakan turut mengintai Kane untuk menyertai pasukan mereka.

Tuchel mengesahkan kelab itu diberitahu tentang keinginan Kane untuk mencari kelab baru.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak pernah mengadakan rundingan dengan Spurs, terutama kerana persaingan sengit antara kedua-dua kelab London itu akan menyulitkan sebarang perjanjian.

"Saya tidak pernah mempunyai senarai dengan namanya dan saya tidak pernah bertemu Spurs untuk berbincang tentang Kane," katanya.— Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain