suria

Kenali Maria Liman, penyokong tegar Chelsea paling seksi

LIMAN kerap hadir ke Stamford Bridge untuk menonton aksi pasukan kegemarannya. — Agensi

SEORANG peminat kelab bola sepak Chelsea baru-baru ini mencuri tumpuan ramai sewaktu hadir menyaksikan perlawanan pasukan berkenaan menentang Zenit St. Petersburg dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah di stadium Stamford Bridge, London.

Peminat berkenaan merupakan seorang model Rusia, Maria Liman dan digelar sebagai penyokong Chelsea paling seksi oleh netizen.

Dia turut berkongsi kegembiraannya di Instagram selepas Chelsea menewaskan Zenit dengan keputusan 1-0 hasil jaringan penyerang, Romelu Lukaku.

Liman dinobatkan penyokong Chelsea paling seksi oleh netizen.

Liman yang berusia 26 tahun merupakan peminat tegar Chelsea dan sering memuat naik tentang pasukan kegemarannya di Instagram.

Malahan, Liman pernah juga menunjukkan keretanya dicat dengan logo Chelsea.

Model berkenaan ternyata popular dalam kalangan netizen apabila memiliki satu juta pengikut di Instagram.

Ketika ini, Liman dilaporkan menetap di London dan memudahkan dia untuk menonton aksi Chelsea dengan lebih kerap.

Sebelum ini, Liman turut menjadi perhatian ramai ketika menyokong negara kelahirannya, Rusia pada kejohanan Piala Dunia 2018. — Detik

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain