suria

Moyes dedah sebab tidak sambar Lingard

MOYES sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk menandatangani Lingard secara tetap.— Agensi

PENGURUS West Ham United, David Moyes mendedahkan bahawa pihaknya tidak menandatangani Jesse Lingard pada musim panas lalu kerana Manchester United tidak mahu melepaskan pemain itu.

Katanya, Ole Gunnar Solskjaer dengan jelas menyatakan bahawa dia mahu mengekalkan pemain tengahnya itu di kelab asalnya.

Lingard sebelum ini dipinjamkan ke West Ham pada Januari lalu.

Pemain berusia 28 tahun itu menampilkan prestasi yang cemerlang pada musim lalu dengan cetakan sembilan gol dan dan lima assist dalam 16 perlawanan.

Dia juga dikhabarkan bakal berpindah ke kelab itu pada jendela perpindahan musim panas memandangkan kontraknya bersama Old Trafford berbaki hanya satu tahun.

Moyes turut menyatakan hasrat untuk menandatangani Lingard secara tetap. Bagaimanapun perkara itu tidak terjadi.

"Dia sama sekali tidak menolak pelawaan saya.

"Namun, Solskjaer dengan jelas menyatakan kepada saya bahawa dia mahu mengekalkan Lingard dalam kelabnya," katanya

Tambahnya lagi, dia sudah tahu tentang perkara itu sejak awal jendela perpindahan dan terlebih dahulu berbincang secara peribadi tentang perkara itu dengan Solskjaer.

Sementara itu, Moyes turut menjelaskan bahawa Manchester United tidak mungkin akan melepaskan Lingard meskipun mereka mendapat khidmat Cristiano Ronaldo.— AGENSI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain