suria

Peninju kacak sakan berparti, buka baju di hadapan pengunjung kelab malam

Tommy dipercayai hadir ke kelab tersebut pada awal minggu ini.

SEBELUM bergelar peninju kategori light-heavyweight, Tommy Fury terlebih dahulu mencipta nama menerusi rancangan realiti Love Island.

Dikenali dengan ketampanan wajahnya, peninju berusia 22 tahun itu sekali lagi mencetuskan kekecohan apabila muncul di sebuah kelab malam di Liverpool.

Video kehadiran Tommy ke pusat hiburan itu turut dikongsi seorang individu menerusi TikTok, namun tarikh sebenar tidak dapat dipastikan.

Menurut sebilangan pelayar media sosial, Tommy didakwa hadir ke kelab tersebut pada awal minggu ini.

Dalam rakaman berkenaan, kelihatan Tommy membuka bajunya sambil berhibur di hadapan pengunjung kelab berkenaan.

Selain aksinya yang membuka baju, ketiadaan teman wanitanya di lokasi itu turut menjadi persoalan ramai.

Untuk rekod, Tommy merupakan adik kepada juara heavyweight dunia, Tyson Fury. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain