suria

Baru dua perlawanan, Messi sudah naik tocang tunjuk perangai sebenar

REAKSI Messi ketika melintasi Pochettino sejurus dikeluarkan pada minit ke-75. - AFP

BINTANG Paris Saint-Germain, Lionel Messi sekali lagi tarik perhatian apabila enggan bersalam dengan pengurusnya, Mauricio Pochettino sejurus dibawa keluar pada debutnya di gelanggang sendiri, Parc des Princes.

Pada perlawanan itu, PSG bangkit untuk menewaskan Lyon 2-1.

Selepas lebih sebulan diumumkan sebagai pemain baharu, Messi menerima sambutan hebat untuk membuat penampilan pertama di Parc des Princes.

Ketika Cristiano Ronaldo sedang menikmati detik hebat bersama Manchester United, bintang Argentina itu pula masih mengharungi detik penuh sederhana di Paris.

Bintang dunia itu kelihatan berdepan kepenatan di babak kedua dan reaksinya ketika dikeluarkan bagi digantikan dengan Achraf Hakimi pada minit ke-75 cukup mengejutkan.

Ketika bercakap selepas perlawanan, Pochettino menegaskan keputusannya mengeluarkan Messi adalah bagi melindunginya daripada cedera.

“Saya ambil keputusan mengeluarkan Leo bagi melindunginya. Kami ada perlawanan penting selepas ini dan kami mahu lindunginya.

“Keputusan yang kami buat ini adalah untuk kebaikan pasukan. Semua orang tahu yang kami miliki pemain hebat dan kami perlu buat keputusan.

“Messi memberitahu yang dia tidak ada masalah dengan keputusan ini,” katanya. — Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Psg, lionel messi, lyon, pochettino

Artikel Lain

Pelajar boleh bawa telefon ke sekolah?