suria

Pakai rambut palsu? Kemunculan Nadal curi tumpuan peminat

NADAL mengucapkan tahniah kepada bintang baharu Dani Rincón atas kejayaannya dalam kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat 2021 di New York. — TWITTER

SELEPAS dua bulan berehat daripada gelanggang kejohanan tenis, kemunculan, pemain terbaik dunia, Rafael Nadal dengan imej baharu mencuri perhatian ramai terutama peminat sukan itu.

Kelibatnya dilihat pada satu majlis sesi perkongsian dokumentari dan podcast anjuran syarikat e-dagang Amazon, Nadal hadir dengan gaya rambut baru yang diwarnakan dengan rona perang.

Pada majlis itu, dia juga mengucapkan tahniah kepada bintang baharu Dani Rincón atas kejayaannya merangkul gelaran perseorangan lelaki dalam kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat 2021 di New York.

Ramai warga netizen yang pelik dengan rambut baru Nadal yang dikatakan sangat berbeza berbanding penampilannya sebelum ini.

Ada antara mereka yang mengatakan bahawa dia mungkin memakai rambut palsu yang digam pada bahagian atas rambutnya.

Terdapat juga peminat yang mengatakan bahawa rambut baharu Nadal itu merupakan hasil pertumbuhan yang subur selepas berehat berikutan kecederaan kaki yang dialaminya.

Rafael Nadal merupakan salah satu pemain tenis terhebat dalam sejarah sukan sebaris pemain terbaik dunia seperti Roger Federer dan Novak Dokovic.

Mendapat julukan King of Clay, Nadal merupakan pemain tenis yang masih kekal dalam kedudukan 10 teratas carta pemain terbaik dunia sehingga hari ini.

Dia juga menggenggam 62 gelaran juara dalam pelbagai siri pertandingan dunia termasuk sukan Olimpik. — AGENSI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Rafael Nadal, wajah baru, rambut, tenis

Artikel Lain