suria

"Kalau tak tahu, lebih baik diam" - Solskjaer tempelak Ferdinand

RIO Ferdinand mendakwa Cristiano Ronaldo cuba mengambil alih tugas selaku pengurus Manchester United daripada Solksjaer ketika tewas 1-2 kepada Young Boys dalam aksi Liga Juara-Juara minggu lepas. — Agensi.

OLE Gunnar Solskjaer menempelak bekas rakan sepasukannya, Rio Ferdinand yang mendakwa Cristiano Ronaldo cuba mengambil alih tugas selaku pengurus Manchester United ketika tewas kepada Young Boys.

Dalam aksi Liga Juara-Juara, Rabu lalu, Manchester United tewas 2-1.

Ferdinand berkata, dia akan mengarahkan Ronaldo supaya duduk selepas dikeluarkan, bukannya membenarkan pemain 36 tahun itu membuat arahan di kawasan teknikal pasukan.

Namun, Solskjaer menjelaskan yang Ferdinand tersalah fakta dan Ronaldo langsung tidak mengharapkan layanan istimewa sejak ‘pulang’ ke Old Trafford.

“Sekali lagi Rio, kadang-kadang dia beri komen terhadap benda yang dia tidak tahu,” kata Solskjaer.

“Mereka berada di situ untuk menjerit kepada pengadil. Selepas itu Cristiano duduk, Bruno juga duduk.

“Saya tidak ada masalah dengan semangat yang mereka tunjukkan. Ia bukannya Ronaldo yang melatih pemain lain.”

Sejak kembali ke Old Trafford, bintang Portugal itu mencetuskan fenomena ‘Ronaldo Mania’ hingga ada yang bimbang situasi itu akan menyekat peluang Mason Greenwood.

“Semua pemain baharu perlu membiasakan diri dengan apa yang kita lakukan. Cristiano pernah berada di sini dan dia tahu bagaimana kami lakukan demi melakar kemenangan,” kata Solskjaer.

Ketika ini, anak-anak buah Sloksjaer sedang berdepan cabaran West Ham United di tempat lawan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). – Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain