suria

Saint-Maximin 'tak puas hati' Bruce lebih laju

SAINT-MAXIMIN merupakan salah satu pemain yang terpantas dalam EPL ketika ini. — AP

PEMAIN sayap Newcastle United, Allan Saint-Maximin secara berseloroh 'mengecam tindakan' penerbit permainan video FIFA 22, Electronic Arts (EA) yang memberikan pengurus kelab itu, Steve Bruce, tahap larian lebih pantas berbanding dirinya.

Gurauan pemain Perancis itu dibuat selepas satu klip video tular di Twitter yang menunjukkan Bruce berlari dari bangku simpanan ke dalam padang untuk bersama-sama pemain lain meraikan kejayaan pasukan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ronaldo ledak dua gol bantu Manchester United menang 4-1 ke atas Newcastle United

ARTIKEL BERKAITAN: Masih berbisa! Pecutan Ronaldo 32.5 km/j ketika ledak gol untuk Manchester United

Klip video itu turut menjadi bahan gurauan netizen dan menerima respon daripada EA.

"Sah larian pantas 99," kata EA merujuk kepada statistik maksimum bagi seseorang pemain yang boleh dicapai dalam FIFA.

Saint-Maximin kemudiannya membalas komen EA tersebut: "Boleh jelaskan kepada saya @EASPORTFIFA mengapa anda memberikan saya larian pantas sebanyak 91 dan larian pantas sebanyak 99 kepada Bruce?"

Pemain berkenaan dinilai sebagai salah satu pemain terpantas Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam permainan video tersebut.

Bagaimanapun, EA memberikan rating larian pantas yang lebih tinggi iaitu sebanyak 96 kepada Daniel James (Leeds United); Adama Traore (Wolves); Ismaila Sarr (Watford), Patson Daka (Leicester City); Leon Bailey (Aston Villa) dan Kyle Walker (Manchester City).

Dalam pada itu, Newcastle ketika ini dikritik oleh para penyokongnya kerana gagal merekodkan sebarang kemenangan dalam enam perlawanan EPL setakat ini.

Pasukan The Magpies hanya berjaya mengelak daripada zon penyingkiran berdasarkan perbezaan jaringan gol yang besar. — Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain