suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masih berbisa! Pecutan Ronaldo 32.5 km/j ketika ledak gol untuk Manchester United

Ronaldo meledak dua gol ketika aksi United menentang Newcastle pada Sabtu.

CRISTIANO Ronaldo melakukan pecutan 32.5 kilometer per jam (km/j) ketika Manchester United menentang Newcastle United pada Sabtu.

Bintang berusia 36 tahun itu menjaringkan dua gol ketika penampilan sulung bersama United.

Ronaldo kembali ke Old Trafford setelah menandatangani kontrak dengan kelab kendalian Ole Gunnar Solskjaer pada hujung bulan lalu.

Bagaimanapun ada suara-suara peminat bola sepak yang mempersoalkan kemampuan Ronaldo kerana usianya yang sudah dianggap 'tua'.

Namun bintang Portugal itu berjaya 'membalas' kembali kritikan terhadapnya apabila mempamerkan aksi cemerlang dalam membantu kemenangan United.

Dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford pada Sabtu, United menang 4-1 ke atas Newcastle. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain