suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Triple H masuk hospital, apa sebenarnya yang berlaku?

Ujar pihak WWE, Triple H dijangka akan pulih dalam masa terdekat. Foto: WWE.

PEMINAT WWE pastinya sudah tidak asing lagi dengan nama Triple H.

Terbaharu, penggusti legenda itu dikhabarkan terkena serangan jantung, namun kini berada dalam keadaan stabil.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman web mereka pada Rabu, WWE memaklumkan Triple H telah selamat menjalani satu prosedur pada minggu lalu.

Prosedur melibatkan Triple H atau nama sebenarnya Paul Levesque itu dijalankan di Hospital Yale New Haven di Connecticut.

Dalam pada itu, khabar duka berkenaan turut meraih perhatian peminat yang banyak menghantar mesej sokongan buatnya di media sosial.

Ujar pihak WWE, Triple H dijangka akan pulih dalam masa terdekat. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain