suria

Berlakon jadi cikgu, pemain golf ini terima jenaka lucah di Twitter

Paige rekod, dia memiliki 590,000 pengikut Twitter dan 3.1 juta pengikut Instagram.

FIGURA sukan popular ini sekali lagi mencetuskan kekecohan dalam kalangan pengikutnya.

Selasa lalu, pemain golf profesional Amerika Syarikat (AS), Paige Spiranac tampil dalam persalinan ala-ala seorang guru menerusi laman Twitter miliknya.

Selain berkemeja putih dengan skirt, dia turut berlakon dan menuturkan dialog di hadapan papan putih demi menjadikan karakter itu kelihatan lebih realistik.

"Itu sahaja pembelajaran untuk hari ini. Jika kamu ada soalan, jangan teragak-agak untuk bertanya kepada profesor Paige.

"Kita jumpa dalam kelas berikutnya," ujar wanita berusia 28 tahun itu.

Sehingga kini, video berkenaan meraih lebih 200,000 ribu tontonan di Twitter.

Malah, ada segelintir individu turut meninggalkan komen dan jenaka berbaur lucah menerusi posting itu.

Untuk rekod, dia memiliki 590,000 pengikut Twitter dan 3.1 juta pengikut Instagram. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain