suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo ledak dua gol bantu Manchester United menang 4-1 ke atas Newcastle United

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pada puncak separuh masa.

CRISTIANO Ronaldo mempamerkan aksi cemerlang pada kali pertama beraksi untuk Manchester United, selepas menyertai kelab itu hujung bulan lalu.

Ronaldo, 36, meledakkan dua gol bagi memastikan kemenangan 4-1 ke atas Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford pada Sabtu.

Kapten Portugal itu menjaringkan gol pada minit ke-47 sekaligus memastikan keunggulan The Red Devil ke atas Newcastle pada babak pertama.

Javier Manquillo membawa Newcastle kembali ke permainan dengan usaha menguasai perlawanan pada peringkat awal babak kedua, tetapi Ronaldo mempunyai rancangan lain dan menjaringkan gol keduanya pada minit ke-62.

Bruno Fernandes menambah satu lagi gol untuk United dengan jaringan jarak jauh pada minit ke-80.

Kemudian Jesse Lingard, yang masuk sebagai pemain gantian, menjaringkan satu lagi gol untuk pasukan tuan rumah pada masa kecederaan.-NDTV

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain