suria

Alami kecederaan, Elliott terharu sokongan penyokong Liverpool

Harvey (kiri) mengalami kecederaan pada buku lalinya dalam perlawanan menentang pasukan Leeds.

PEMAIN tengah pasukan Liverpool, Harvey Elliott memberitahu beliau terharu dengan sokongan yang diterimanya sejak kecederaan pada buku lalinya selepas perlawanan menentang Leeds dengan 3-0, pada Ahad.

Elliott mengalami kecederaan yang mengerikan setelah mendapat cabaran oleh pemain pertahanan Leeds, Pascal Struijk.

Pemain berusia 18 tahun itu mendapat rawatan di padang Elland Road sebelum dibawa keluar.

Elliott kemudian discaj dari hospital di Leeds, namun tahap kecederaannya belum dipastikan dan akan menjalani pembedahan.

"Sudah tentu saya kecewa dengan apa yang berlaku di Leeds, tetapi saya benar-benar terharu dengan sokongan yang ditunjukkan kepada saya oleh seluruh dunia bola sepak berikutan kecederaan itu," tulis Elliott di Instagramnya pada Isnin.

"Terima kasih banyak kepada semua orang yang telah menghubungi atau menghantar mesej kepada saya dan keluarga, ini sangat bermakna bagi kami."

"Juga berterima kasih kepada semua di Elland Road atas penerimaan yang anda berikan kepada saya sejurus ia berlaku," tulis Elliott. -NDTV

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Liverpool, Leeds, Harvery Elliot, cedera

Artikel Berkaitan

Artikel Lain