suria

Solskjaer akan dipecat jika gagal menang trofi

Ole Gunnar Solskjaer akan dipecat jika tiada trofi musim ini. foto Reuters

TEDDY Sheringham percaya Ole Gunnar Solskjaer akan dipecat sekiranya Manchester United gagal memenangi trofi pada musim ini.

Solskjaer mendapat sokongan penuh pada musim panas ketika kelab itu berbelanja besar bagi mendapatkan pemain Cristiano Ronaldo, Jadon Sancho dan Raphael Varane.

Pada masa ini, beliau di bawah tekanan untuk mendapatkan kejuaraan buat pasukannya.

Manchester United bertarung bagi merebut gelaran Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara selepas disingkirkan oleh West Ham dalam Piala Carabao, minggu lalu.

Selain itu, mereka juga tewas tiga daripada empat perlawanan terakhir selepas kekalahan sebagai tuan rumah dengan 0-1 di di tangan Aston Villa.

Kekalahan itu sekali gus menambah tekanan pada pengurus pasukan.

Sheringham yang merupakan legenda di Old Trafford itu bimbang kedudukan bekas rakan sepasukannya itu sekiranya gagal menamatkan kemarau trofi sejak 2017.

"Tanpa keraguan ada tekanan terhadap beliau tahun ini untuk menang sesuatu. Jika beliau tidka menang sesuatu, dia tahu nasibnya,'' kata Sheringham kepada Sportsmail. - Mail Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain