suria

Nadal, Federer kembali bergabung untuk Piala Lavern 2022

NADAL (kiri) dan Federer terpaksa melupakan hasrat untuk tampil pada Piala Laver 2021 kerana kecederaan yang dihadapi mereka musim ini. — Agensi

DUA jaguh tenis dunia, Rafael Nadal dan Roger Federer bakal bergabung kembali untuk beraksi sebagai pasangan beregu di kejohanan Piala Laver 2022 di London, Britain.

Nadal yang merupakan pemain keenam terbaik dunia memberitahu, dia ingin beraksi bersama Federer pada edisi kelima kejohanan itu tahun depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Solskjaer akan dipecat jika gagal menang trofi

ARTIKEL BERKAITAN: Bruno Fernandes didakwa sengaja tidak skor penalti supaya Solskjaer dipecat

Katanya, Federer juga tidak teragak-agak untuk bersetuju dengan pelawaan itu.

Nadal dan Federer terpaksa melupakan hasrat untuk tampil pada Piala Laver tahun ini kerana kecederaan yang dihadapi mereka.

Kedua-dua pemain itu juga terpaksa menamatkan musim ini lebih awal daripada yang mereka harapkan.

Meskipun tidak beraksi, kedua-dua pemain tersebut masih dilihat hadir di kejohanan edisi 2021 yang berlangsung di Boston, Amerika Syarikat (AS).

Nadal dikatakan hadir untuk menyokong rakan sepasukannya dari Monte Carlo manakala Federer pula turun padang untuk menyaksikan perlawanan secara langsung.

Sebelum ini, Nadal dan Federer pernah bergabung di gelanggang Piala Laver pada edisi pertama di Prague pada tahun 2017.

Kedua-dua pemain itu bergandingan mewakili pasukan Eropah menumpaskan pasukan AS, Jack Sock dan Sam Querrey dalam perlawanan rubber set di pusingan akhir. — Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Faederer, Nadal, tenis, Piala Lavern, London, 2022

Artikel Berkaitan

Artikel Lain