suria

"Manchester United telah khianati saya" - Ronaldo dakwa dirinya dijadikan kambing hitam

Ronaldo berasa kecewa dengan layanan yang diterimanya di Manchester United.

RONALDO menyatakan dirinya seperti telah dikhianati kerana dilayan tanpa rasa hormat dari Manchester United.

Selain itu, dia mendakwa dirinya kerap dipersalahkan ketika prestasi keseluruhan pasukan tidak berada pada tahap yang memuaskan.

Bintang Portugal itu juga berasakan dirinya seperti tidak diperlukan lagi di kelab itu dan menzahirkan kekecewaan mengenai perkara tersebut.

Pengurus pertamanya di Manchester United iaitu Ole Gunnar Solskjaer melayannya dengan baik tetapi hubungan mereka tidak bertahan lama apabila Ole dipecat.

Pengurus yang dilantik selepas itu iaitu Ralf Rangnick dan Erik ten Hag bagaimanapun hanya memandangnya dengan sebelah mata.

"Saya tidak mempunyai rasa hormat kepada Erik ten Hag kerana dia tidak mempunyai rasa hormat terhadap saya,

"Jika kamu tidak menghormati saya, saya tidak akan menghormati kamu" kata Ronaldo dalam temu bual program realiti televisyen bersama Piers Morgan.

Ronaldo mengakui terasa hati dengan layanan Ten Hag walaupun dia telah kerap membuktikan dirinya sebagai pemain yang berkaliber di pentas bola sepak dunia.- The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain