suria

Rossi langsung tak rindu sesi ujian MotoGP

ROSSI sifatkan sesi ujian adalah tugas paling mencabar bagi seorang pelumba motor. — AFP

PELUMBA legenda MotoGP, Valentino Rossi mengakui beliau tidak akan merindui sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar selepas bersara kelak.

Menurut Rossi, sesi ujian adalah tugasan paling berat bagi seorang pelumba motor.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu terlepas saman, Rossi akui tak suka jadi figura terkenal

ARTIKEL BERKAITAN: Rancangan bersara awal gagal, Valentino Rossi teruskan kerjaya setahun lagi

"Ini adalah sesi ujian terakhir, jadi ia adalah momen penting tetapi sejujurnya saya tidak akan merindui sesi ujian ini di masa hadapan.

"Kerana sesi ujian ini sukar dari segi fizikal dan mental. Saya lebih memilih untuk berlumba di hujung minggu," katanya.

Sesi ujian di litar Misano World Circuit Marco-Simoncelli, Itali pada minggu lalu merupakan yang terakhir bagi Rossi sebagai pelumba MotoGP.

Rossi sebelum ini mengumumkan persaraannya daripada arena permotoran pada akhir musim 2021.

Sepanjang kariernya sejak 1996, Rossi meraih gelaran juara dunia sebanyak sembilan kali.

Beliau juga pernah menyatakan menjadi atlet sukan terkenal bukanlah mudah kerana bimbang tentang privasinya dan sering tidak tenang untuk menjalani kehidupan sehariannya. — Detik

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain