suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rancangan bersara awal gagal, Valentino Rossi teruskan kerjaya setahun lagi

Perlumbaan MotoGP dibatalkan gara-gara Covid-19, memaksa Rossi meneruskan kerjayanya setahun lagi.

PELUMBA terkenal, Valentino Rossi sepatutnya bersara pada penghujung musim MotoGP tahun ini.

Namun, rancangan itu nampaknya terpaksa ditunda dan dia perlu meneruskannya setahun lagi gara-gara Covid-19.

Difahamkan, paling awal perlumbaan boleh dilakukan bermula pada 9 Ogos depan.

Pembatalan perlumbaan pada Mac turut menyebabkan Rossi gagal melengkapkan saingan sekaligus memanjangkan lagi tempoh kerjayanya.

"Saya dalam situasi sukar sebab, sebagaimana saya kata, pilihan pertama saya adalah untuk meneruskannya.

"Saya ada motivasi mencukupi dan saya mahu sambung. Ianya penting untuk memahami peringkat pertandingan.

"Dalam minda sata, saya ada satu tahun lagi bersama kumpulan dan saya perlukan masa untuk buat keputusan," ujarnya.

Menurut Rossi, dia tiada masalah dengan perlumbaan namun penularan Covid-19 memaksa semuanya ditunda.

Malah, dia berharap segalanya dapat diteruskan menjelang Ogos mahupun September. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Valentino Rossi, MotoGP, Covid-19

Artikel Lain