suria

Check-out Free Fire x Money Heist crossover... Final Episode: Raid and Run

Free Fire sentiasa menampilkan idea-idea yang segar bagi peminat-peminat permainan Free Fire.

GARENA mengumumkan kolaborasi kedua Free Fire dengan La Casa De Papel (juga dikenali sebagai Money Heist) yang menawan hati ramai peminat di seluruh dunia.

Bermula dari 3 Disember hingga 14 Disember, La Casa De Papel akan kembali ke Free Fire dengan acara dalam permainan yang diberi nama Final Episode: Raid and Run.

Acara itu akan menampilkan misi baharu, item bertema kolaboratif, dan aktiviti penglibatan merentas media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajib cuba... Ketahui 10 kehebatan Free Fire MAX... memang meletup!

“Edisi kedua kempen Free Fire x La Casa De Papel ini dibina di atas penerimaan positif yang kami lihat semasa acara crossover pertama tahun lepas.

"Kami memikirkan apa yang pemain akan menikmati, dan mencari cara untuk menggabungkannya ke dalam permainan Free Fire.

"Kandungan yang akan membawa komuniti bersama-sama di dalam atau di luar permainan adalah apa yang kami harapkan untuk diraikan dengan kempen ini,” Kata Harold Teo, Produser Free Fire mengenai kerjasama terbaharu dengan Netflix.

Dalam pada itu, Profesor kembali ke Bermuda dengan misi: cari emas dan selamatkan skuad Free Fire yang ditangkap semasa rompakan, dengan bantuan pemain Free Fire.

Plan Bermuda

Pemain perlu cari petunjuk untuk mendapatkan hadiah dalam Gold Loot.

Pada 3 Disember, survivors akan dapat bergabung tenaga dengan Profesor dan skuad Free Fire, untuk menyelesaikan misi rompakan terakhir.

Untuk mendapatkan emas dan membebaskan skuad Free Fire, Survivor perlu mengikut arahan Profesor dan membuka kunci pelbagai misi dalam permainan.

The Final Episode: Raid and Run juga akan menampilkan reskin baharu dalam permainan, interface baharu serta laman web.

Artikel Lain