suria

Ungguli Kejohanan Kampus Yoodo PUBG Mobile 2021... PMS Phantom bakal wakili Malaysia!

PMS Phantom menjadi pasukan terbaik bagi peringkat kolej di PMCC 2021.

PMS Phantom dari Politeknik Muadzam Shah. Pahang berjaya merangkul gelaran Pasukan PUBG Mobile Terbaik bagi peringkat kolej di Kejohanan Kampus PUBG Mobile (PMCC) 2021.

Pasukan tersebut berjaya menewaskan 16 yang lain dan memperoleh dua chicken dinner dengan mengumpul 111 mata.

Dalam pada itu, PMS Phantom membawa pulang sebahagian besar daripada hadiah utama iaitu wang tunai berjumlah RM60,000, serta berpeluang mewakili Malaysia dalam Kejohanan Kampus PUBG Mobile SEA (PMCC SEA) 2021 akan datang.

“PMCC 2021 mempamerkan bakat dan persaingan sengit yang luar biasa daripada setiap pasukan yang mengambil bahagian. Tahniah dan syabas kepada PMS Phantom!” kata Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo.

Ketua Esports, Gaga Li berkata mereka akan cuba sedaya upaya untuk membantu pemain muda tempatan memperoleh kejayaan di masa hadapan.

"Kami ingin menaikkan semangat bakat esukan tempatan dan membantu pemain muda ini menuju kejayaan.

“Kami berbangga dengan kerjasama jangka panjang bersama Yoodo yang berterusan mendapat sokongan padu daripada industri esukan tempatan,” ujarnya.

PMCC 2021 menerima lebih 1,000 penyertaan dengan 344 pasukan daripada lebih 200 institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

Pusingan akhir, yang disiarkan secara langsung di platform Yoodo, menerima lebih 1 juta tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain