suria

Suspek angkut Yamaha Y15ZR milik Khuzaimi Piee naik MPV putih

Kediaman Khuzaimi Piee diceroboh pada Rabu.

POLIS kini sedang menyiasat kes pecah rumah melibatkan pemain bola sepak, Ahmad Khuzaimi Piee.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata tindakan segera itu susulan laporan polis yang dibuat pemain Selangor FC berkenaan pada kira-kira pukul 11.30 malam Rabu.

"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan MPV berwarna putih untuk pergi ke rumah sebelum mencuri motosikal mangsa.

"Mangsa dan ahli keluarganya tiada di rumah ketika kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain bola terus jadi sasaran... Rumah Khuzaimi Piee pula dipecah masuk, Yamaha Y15ZR lesap

Siasatan diklasifikasikan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, katanya.

"Kami sedang berusaha keras untuk mengesan dan menahan suspek secepat mungkin," ujarnya.

Tambahnya, mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi talian 014-6907071.

Terdahulu, mStar melaporkan kediaman bek tengah Selangor FC dipecah masuk ketika dia keluar menjalani latihan.

Kejadian itu menyebabkan Khuzaimi kehilangan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR, empat buah beg pelbagai jenama serta pasport.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain