suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

YouTuber mengaku terberak dalam seluar gara-gara tumbukan padu Jake Paul - “Saya rasa basah sikit”

Lopez (kiri) mengaku terberak dalam seluar akibat ditumbuk Paul (kanan).

PENINJU terkenal Jake Paul menampilkan aksi penuh bertenaga ketika dia berentap dengan YouTuber Preston Lopez, baru-baru ini.

Ketika persaingan itu, Paul memberikan tumbukan padu pada bahagian perut, menyebakan Lopez terbaring kesakitan di atas gelanggang.

Lebih memalukan, Lopez mengaku dia terberak dalam seluar gara-gara serangan berkenaan.

"Selepas menerima tumbukan Paul, saya tertunduk menahan kesakitan dan terberak sikit dalam seluar. Saya rasa basah sikit," ujarnya yang terbaring di lantai.

Selepas insiden itu, Lopez berkata dia mahu memeluk Paul namun disuruh ke tandas untuk membersihkan dirinya.

Paul dan Lopez berentap dalam satu perlawanan tinju di Puerto Rico selepas dia kalah pertaruhan dengan seorang personaliti internet, baru-baru ini.

Untuk rekod, Paul merupakan selebriti media sosial yang meraih populariti menerusi video Vine sebelum dia menyertai sukan tinju secara profesional. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia