suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harry Maguire dapat peluang kedua di Manchester United, Ten Hag percaya masih ada potensi

Harry Maguire kerap menjadi bualan sensasi di Manchester United kerana prestasinya. Foto: TEAMtalk

ERIK Ten Hag masih mahu memberikan peluang kepada Harry Maguire untuk kembali membarisi kesebelasan utama selepas menolak tawaran Inter Milan yang ingin mendapatkan pemain itu secara pinjaman.

Inter sebelum ini dilaporkan mahu menawarkan Maguire beraksi di Serie A, namun pengurus Manchester United itu enggan melepasknnya.

Pemain pertahanan tengah itu hanya empat kali diletakkan dalam skuad utama musim ini dengan Lisandro Martinez dan Raphael Varane menjadi gandingan pilihan Ten Hag.

Ten Hag pada minggu ini bagaimanapun memaklumkan Maguire dia masih memiliki peluang membuktikan kemampuannya pada aksi separuh musim kedua.

Pengendali dari Belanda itu kagum dengan sikap Maguire ketika sesi latihan dan sedar mengenai reaksinya selepas kehilangan tempat dalam kesebelasan utama sejak beberapa minggu lalu.

Ten Hag meyakinkannya jadual perlawanan United yang padat pada separuh kedua musim ini akan menawarkan lebih banyak peluang kepadanya untuk bermain. - Metro.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia