suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arsenal tersentak dari mimpi, pendahulu liga tewas kepada Everton 1-0

Arsenal tewas kepada Everton di Goodison Park. Foto: Getty Images

SEAN Dyche memulakan tugasnya selaku pengurus Everton dengan bergaya apabila melakar kemenangan mengejut 1-0 ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal di Goodison Park, di sini, sebentar tadi.

Tandukan James Tarkowski pada separuh masa kedua menyaksikan The Toffees memenangi perlawanan pertama mereka sejak Oktober tahun lalu sekali gus keluar dari zon penyingkiran.

Kekalahan itu bagaimanapun menyaksikan Arsenal masih kekal mendahului lima mata ke atas pasukan tangga kedua, Manchester City yang akan berkunjung ke Tottenham tengah malam esok.

Everton mempamer aksi lebih kemas pada perlawanan pertama Dyche sebagai pengurus selepas menggantikan Frank Lampard dan menyukarkan Arsenal sepanjang perlawanan.

Tarkowski akhirnya memecah kebuntuan buat tuan rumah pada minit ke-60 selepas menanduk masuk bola sepak sudut Dwight McNeil untuk menewaskan penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale.

Pembelian saat akhir Arsenal, Jorginho yang membuat penampilan sulung bersama Gunners seminit sebelum gol Everton, tidak mampu untuk mengubah nasib pasukan barunya itu. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia