suria

Bakal sambut ulang tahun ke-56, pemain bola sepak tertua dunia sertai kelab di Portugal

Kazuyoshi Miura merupakan pemain bola sepak tertua. foto Reuters

PEMAIN bola sepak tertua di dunia menyertai sebuah kelab di Portugal, hanya beberapa minggu sebelum hari lahirnya ke-56.

Penyerang veteran Jepun, Kazuyoshi Miura menandatangani kontrak untuk Oliveirense dari Yokohama FC secara pinjaman sehingga akhir musim pada usia 55 tahun.

Miura yang merupakan pemain bola sepak profesional tertua aktif di dunia, memulakan karier bermainnya pada awal 1980-an dan usianya genap 56 tahun pada 26 Februari ini.

Menjelang hari lahirnya, dia menyertai Oliveirense yang kini berada di tangga kesembilan di peringkat kedua di Portugal dan dimiliki oleh kelab induknya Yokohama.

Mengenai penyertaanya dalam Oliveirense, Miura memberitahu peminat kelab itu: "Walaupun ini tempat baharu bagi saya... saya akan bekerja keras untuk menunjukkan kepada semua jenis permainan yang saya begitu dikenali."

ARTIKEL BERKAITAN: Messi raih No.1 senarai 100 pemain bola sepak terbaik, Ronaldo jatuh ke tangga 51

Perpindahan itu menandakan dia pertama kali bermain di Portugal, berikutan sebelum ini di Brazil, Itali, Croatia dan Australia.

Miura menghabiskan lapan tahun di Brazil pada permulaan kerjayanya antara 1982 dan 1990.

Dia juga menghabiskan 17 tahun terakhir bersama Yokohama, selepas menandatangani kontrak dengan kelab itu pada 2005.

Miura menjaringkan 27 gol dalam 298 penampilan.

Perpindahannya ke Portugal berlaku selepas dia sebelum ini menghabiskan masa secara pinjaman di peringkat keempat Jepun musim lalu, bermain di Yasutoshi di Suzuka Point Getters.

Di peringkat antarabangsa, Miura membuat penampilan sulung untuk Jepun pada 1990 dan menjaringkan 55 gol dalam 89 caps sebelum memenangi cap terakhirnya pada 2000. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain