suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool dikejutkan di Piala FA, tewas kepada Brighton 2-1... Juara bertahan tersingkir

Prestasi Liverpool semakin merudum. Foto: Reuters

JUARA bertahan Piala FA, Liverpool tersingkir daripada saingan itu musim ini apabila tewas 1-2 kepada Brighton & Hove Albion pada aksi pusingan keempat di Stadium Amex, sebentar tadi.

Kekalahan memalukan itu menyaksikan The Reds yang juga juara lapan kali Piala FA terus berdepan detik malang musim ini apabila sekadar menghuni kedudukan kesembilan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 19 perlawanan.

Skuad kendalian Jurgen Klopp yang berdepan prestasi tidak menentu sepanjang musim ini berada di depan selepas setengah jam permainan menerusi pemain muda, Harvey Elliott yang menyudahkan umpanan Mohamed Salah.

Kedudukan itu bagaimanapun bertahan sembilan minit apabila Lewis Dunk menyempurnakan hantaran Tariq Lamptey untuk menyamakan kedudukan.

Kaoru Mitoma menyingkirkan Liverpool daripada saingan Piala FA apabila meledak gol kemenangan Brighton pada masa kecederaan. - The Guardian

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain