suria

Messi raih No.1 senarai 100 pemain bola sepak terbaik, Ronaldo jatuh ke tangga 51

Messi (kanan) mengungguli kedudukan 100 pemain terbaik, Ronaldo di tangga ke-51. foto Reuters

LIONEL Messi meraih semula status sebagai pemain bola sepak lelaki terbaik dunia, manakala Cristiano Ronaldo menyaksikan kejatuhannya sebanyak 43 anak tangga.

Panel pakar untuk The Guardian melengkapkan senarai tahunan mereka, yang didahului oleh Robert Lewandowski pada 2021 dan 2022, dengan Messi kini mendahului.

Semuanya disebabkan prestasi PSG yang bertambah baik dan membawa Argentina menjulang Piala Dunia.

Messi yang berusia 35 tahun merupakan pilihan yang jelas, begitu juga dengan kejatuhan senarai Ronaldo.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiket premium pertembungan Messi-Ronaldo dibida dengan harga RM11.2 juta

Dengan Messi berada di atas, rakan sepasukannya di PSG dan naib juara Piala Dunia, Kylian Mbappe dinamakan di tempat kedua, setelah menjaringkan hatrik yang tidak dapat dilupakan dalam kekalahan Perancis.

Pemenang Ballon d'Or, Karim Benzema menduduki tempat tiga teratas selepas terlepas Piala Dunia kerana kecederaan, dengan pemain terbaik Manchester City Erling Haaland di tempat keempat.

Modric kembali dalam lima teratas setelah berada di kedudukan teratas pada 2018, dengan Kevin De Bruyne, Lewandowski, Vinicius Junior, Thibaut Courtois dan Mohamed Salah semuanya berada dalam top 10.

Dalam senarai 100 pemain bola sepak lelaki terbaik, Ronaldo menduduki tangga ke-51. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain