suria

Tuan rumah nak tuntut ganti rugi selepas kediaman rosak dirempuh Bugatti, respon Ronaldo memang ‘win’!

Kereta milik Ronaldo model Bugatti Veyron telah merempuh sebuah rumah.

BARU-BARU ini tular kes ‘supercar’ model Buggati milik Cristiano Ronaldo terlibat dalam kemalangan apabila merempuh sebuah rumah di Majorca, Sepanyol.

Dalam insiden itu, kereta Bugatti Veyron hitam berharga £1.7 juta (RM9.17 juta) miliknya telah merempuh sebuah rumah di kawasan perumahan di pantai timur di Sa Coma.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Bugatti RM9.17 juta milik Ronaldo terlibat kemalangan, rempuh rumah

Kejadian berlaku ketika penyerang Manchester United itu sedang bercuti bersama keluarganya.

Polis mengesahkan bahawa pekerja Ronaldo atau dianggap sebagai salah seorang pengawal peribadinya ini telah memandu kereta sport mewah itu.

Menurut sumber, polis Sepanyol mengesahkan tiada apa-apa yang menunjukkan Ronaldo terlibat dalam nahas itu.

Sehubungan dengan itu, ramai menggesa Ronaldo untuk menyelesaikan kos kerosakan akibat rempuhan tersebut.

Pemilik kediaman berkenaan yang merupakan warga tempatan Majorca dikatakan telah datang ke lokasi penginapan pemain bola sepak itu pada Selasa untuk berbincang mengenai insiden itu.

“Saya terpaksa menunggu seketika sebelum pintu dibuka (semasa berkunjung ke lokasi penginapan Ronaldo).

“Tetapi saya disambut oleh seorang lelaki dan wanita yang sangat sopan," kata pemilik rumah itu kepada outlet media tempatan Ultima Hora.

“Mewakili Ronaldo, mereka berjanji untuk membayar semua kerosakan akibat rempuhan Bugatti tersebut.

"Mereka memberitahu saya untuk membaiki semua kerosakan dan menyimpan invois,” kata pemilik rumah berkenaan. -MIRROR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain