suria

Pogba kenakan 3 syarat sertai kelab baharu

Kontrak Pogba di Old Trafford berakhir 30 Jun. foto AP

PEMAIN Manchester United, Paul Pogba menyenaraikan tiga syarat yang perlu dipenuhi oleh kelab yang seterusnya sebelum dia menyertainya.

Kelab itu mengesahkan pemain kelahiran Perancis itu akan meninggalkan United pada musim panas ini.

Kontraknya akan tamat pada 30 Jun ini selepas enam tahun berkhidmat di Old Trafford.

ARTIKEL BERKAITAN: Masa depan Pogba terus jadi tanda tanya

Pogba dilaporkan telah didekati Real Madrid, Paris Saint-Germain dan Juventus ketika dia mencari kelab baharu menjelang permulaan musim depan.

Menerusi laporan The Sun, Pemain berusia 29 tahun itu mendedahkan bahawa kelab baharunya mesti membenarkannya bermain bola sepak, menjadi dirinya sendiri dan melakukan temu bual sebagaimana dengan Uninterrupted.

"Saya hanya mahukan yang terbaik untuk diri saya," jelas Pogba.

"Saya hanya mahu bermain bola sepak, sentiasa menjadi diri sendiri dan menikmati apa yang saya lakukan. Jika tidak, saya tidak boleh beraksi dengan baik.

"Saya tidak mahu berfikiran negatif. Kita boleh kalah dalam perlawanan, kehilangan trofi tetapi anda perlu gembira di mana anda berada. Itulah yang saya cari," katanya.- Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain