suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rooney sifatkan Ronaldo bagus tapi menjengkelkan dalam pasukan

Rooney menyifatkan Cristiano sebagai seorang yang menjengkelkan

WAYNE Rooney menyifatkan bekas rakan sepasukan di Manchester United, Cristiano Ronaldo sebagai menjengkelkan manakala Rio Ferdinand seorang yang sombong.

Malah dia juga meluahkan rasa kesal kerana bersembang dengan Carlos Tevez.

ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke Messi nak pencen? Jurulatih Argentina ada pesanan khas untuk peminat bola sepak

ARTIKEL BERKAITAN: Lupakan kerjaya, fokus pertahankan negara... pemain tenis jadi askar demi lawan Rusia

Difahamkan, penjaring gol terbanyak United sepanjang zaman itu berkata demikian pada majlis makan malam petang Sabtu lalu.

"Cristiano seorang yang hebat dan pada masa sama dia sangat menjengkelkan. Rio pula seorang pemain utama tapi dia sangat sombong, awak dibayar tinggi oleh Manchester United hanya untuk sepak bola ke dalam jaring... jadi buat lah.

"Buat kerja awak, bagi bola kepada saya atau Cristiano. Berhenti berdiri di situ dan membuat masalah," luahnya sambil menekankan bahawa Rio kadang-kadang lupa tugasnya sebagai pertahanan.

Mengulas tentang sikap Tevez pula, ujarnya, perkara terbesar yang paling mengecewakannya adalah pemain Argentina itu kurang bercakap.

"Sepanjang dua tahun ni, saya suka bermain dengan dia... ambil dia dari rumah untuk Kejohanan Juara Liga dan hantarnya ke lapangan terbang. Sejujurnya saya bercakap dengan dia selama 30 minit dan kemudia tidak faham apa yang keluar dari mulutnya," ujarnya. - Metro.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain