suria

Mourinho dikaitkan dengan kerusi panas Everton

Jose Mourinho kini dikaitkan dengan jawatan pengurus Everton. foto Reuters

JOSE Mourinho yang kini komited sebagai pengurus AS Roma, kini dikaitkan dengan kerusi panas di Everton.

Bekas pengurus Chelsea bersama kelab Itali itu sejak musim panas dan menikmati musim pertamanya di Serie A, dengan pasukan tersebut berusaha untuk mendapatkan tempat di Eropah.

Susulan pemecatan Rafa Benitez, pelbagai nama dikaitkan sebagai calon pengurus di Everton.

Antara nama yang disebut termasuk Wayne Rooney, Frank Lampard, bekas pengurus Porto dan Fenerbache, Vitor Periera, yang dikaitkan dengan kelab itu sebelum pelantikan Carlo Ancelotti.

Malah, Roberto Martinez yang telah dipecat oleh kelab itu pada 2016, juga dalam senarai.

Pada Selasa, Sky Sports melaporkan Mourinho merupakan seorang lagi calon yang menjadi bualan The Toffees, namun perpindahannya ke Merseyside terbantut sebaik sahaja ia bermula.

Malah, laporan itu menyatakan walaupun tawaran rasmi masih belum dibuat oleh Everton kepada Roma, pemilik kelab, Farhad Moshiri sedang mempertimbangkan prospek untuk melantik bekas pengurus Tottenham dan Manchester United itu. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Artikel Lain