suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bintang tenis luah rasa marah gara-gara pemain lawan pergi ke tandas terlalu lama

Evans berang apabila pihak lawan mengambil waktu rehat yang panjang. Foto: Getty.

BINTANG tenis British, Dan Evans menyifatkan badan rasmi sukan itu sebagai memalukan kerana membenarkan pemain lawan pergi ke tandas selama lima minit ketika perlawanan sedang diadakan.

Evans dikatakan hilang sabar selepas Aslan Karatsev dibenarkan mengambil masa rehat untuk ke tandas ketika set ketiga perlawanan mereka.

Persatuan Tenis Profesional (ATP), badan induk tenis telah memperkenalkan kebenaran baharu iaitu tempoh tiga minit untuk ke tandas dan dua minit tambahan lagi untuk pemain yang mahu menukar pakaian.

Evans bagaimanapun mendakwa badan itu tidak melaksanakan peraturan itu dengan betul.

Malah, dia turut menyelar pasukan Karatsev atas kejadian tersebut.

Dalam perlawanan itu, Evans gagal membenam pihak lawan, menyaksikan Karatsev mara ke peringkat seterusnya. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain