suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diva WWE popular ditahan, ugut bunuh pasangan dengan gunting

Sytch memulakan kerjayanya dalam dunia WWE pada 1992. Foto: Instagram.

TAMMY Sytch, bekas diva WWE yang dikenali dengan nama Sunny pada era 1990-an ditahan kerana mengugut untuk membunuh suaminya.

Menurut polis di New Jersey, Sytch ditahan pada Khamis lalu kerana mengugut untuk membunuh suaminya dengan sebilah gunting.

Dia dikatakan bertindak sedemikian kerana berang dalam pertelingkahan yang berlaku di antara mereka.

Kata polis, punca pergaduhan tidak dapat dipastikan, namun Sytch berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol ketika pertengkaran itu berlaku.

Dia berhadapan pertuduhan ancaman keganasan dan pemilikan senjata.

Untuk rekod, bekas peninju itu juga pernah ditahan sebanyak enam kali atas kesalahan memandu ketika sedang mabuk.

Sytch memulakan kerjayanya dalam dunia WWE pada 1992 dan bersara pada tahun 1998. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain