suria

Manchester United intai bekas pemain Chelsea Tariq Lamptey

Tariq Lamptey menyertai Brighton dari Chelsea pada 2020.

MANCHESTER United mempunyai minat terhadap Tariq Lamptey dari Brighton dalam pencarian mereka untuk mendapatkan pemain baharu di Old Trafford.

Pengendali sementara pasukan itu, Ralf Rangnick mahu Aaron Wan-Bissaka dan Diogo Dalot menunjukkan peningkatan, dan Manchester United mengenal pasti Lamptey untuk bermain di bahagian pertahanan atau sebagai pertahanan sayap.

Manchester United menawarkan sebanyak £30 juta (RM172 juta) bagi mendapatkan pemain berusia 21 tahun itu walaupun Brighton meletakkan nilai hampir £40 juta (RM229 juta).

Lamptey menyertai Brighton dari Chelsea pada 2020 di mana beliau membuat tiga penampilan pasukan utama.

Beliau turut menjadi pilihan kelab lain berikutan prestasinya musim lalu dan diintai oleh Gareth Southgate selepas mempamerkan aksi mengagumkan untuk England bawah 21 tahun.

Kecederaan hamstring pada Mac menangguhkan permulaannya untuk musim semasa sehingga September dan bos Brighton, Graham Potter mempermudahkannya untuk kembali ke dalam pasukan utama.

Lamptey sebenarnya turut menjadi pilihan Tottenham tetapi pasukan itu mahu mencari pilihan lebih murah, dengan memilih Adama Traore di Wolves. - Mail Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Shebby Singh meninggal dunia

Artikel Lain