suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shebby Singh meninggal dunia

Serbegeth Singh meninggal dunia pada usia 61 tahun.

LEGENDA bola sepak negara, Serbegeth Singh meninggal dunia pada usia 61 tahun, Rabu.

Difahamkan bekas pemain Kuala Lumpur yang lebih dikenali sebagai Shebby dalam kalangan peminat bola sepak, meninggal dunia akibat serangan jantung.

Dilaporkan, mendiang terkena serangan jantung ketika menjalani aktiviti berbasikal.

Serbegeth membuat penampilan sulung dalam bola sepak pada 1978 ketika bermain untuk Johor dan seterusnya beraksi bagi pasukan Pahang, Negeri Sembilan dan Perak sehingga 1996.

Mendiang Serbegeth kemudian beraksi buat skuad kebangsaan bermula 1982 hingga 1991.

Serbegeth bermain dalam tiga Sukan Asia pada 1982, 1986 dan 1990, dan merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA pada 1989. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain