suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Manchester United gagal jika ranking lebih rendah dari ‘top 3’ - Ronaldo

Ronaldo menyuarakan pandangan berhubung kedudukan Manchester United. foto Reuters

MANCHESTER United perlu berjuang merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana Cristiano Ronaldo mendakwa mana-mana kedudukan di bawah tempat ketiga pada musim ini adalah satu kegagalan.

Legenda Manchester United itu dalam prestasi positif menjelang perlawanan hujung minggu ini di Aston Villa, memberitahu Sky Sports bahawa beliau tidak meninggalkan Juventus untuk merebut tempat keempat.

"Manchester United sepatutnya memenangi liga atau menjadi kedua atau ketiga," katanya kepada penyiar itu.

Tambah Ronaldo, beliau tidak melihat kedudukan lain yang sepatutnya buat pasukan tersebut.

"Jujurnya, saya tidak nampak kedudukan lain untuk Manchester United, saya tak nampak.

"Pada pandangan saya, saya tidak terima mentaliti kami kurang dari kedudukan tiga teratas Liga Perdana," katanya.

Ronaldo berharap untuk menyahut cabaran merangkul gelaran sekembalinya ke Old Trafford pada musim panas lalu, tetapi Manchester United sudah ketinggalan 22 mata di belakang Manchester City di kedudukan nombor satu.

Manchester United kini berada di tempat ketujuh EPL pada peringkat pertengahan musim. - Mail Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain