suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dollah Salleh terlibat kemalangan, kenderaan terbabas

Beginilah keadaan MPV yang dinaiki Dollah Salleh dan keluarganya selepas terbabas di Kuala Pilah.

PENGURUS pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh, terlibat dalam kemalangan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabas.

Dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 8 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, Kuala Pilah kira-kira pukul 9.30 malam Isnin, MPV tersebut sedang dalam perjalanan dari arah Muadzam Shah, Pahang menuju ke Shah Alam, Selangor.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani, ketika kejadian, MPV berkenaan dinaiki tujuh orang penumpang serta dipandu oleh seorang lelaki berusia 34 tahun.

"Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba kenderaan yang dipandu telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan laluan arah bertentangan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, kesemua mangsa tidak cedera namun Dollah dan isterinya, Roslina Ibrahim, 58, mengalami kesakitan di bahagian belakang tengkuk dan dada.

"Mereka dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah dan dirawat sebagai pesakit luar.

"Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59)," katanya.- SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain