suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagi pemain Arsenal positif Covid-19

Calum Chambers (kiri) pemain Arsenal ketiga dijangkiti Covid-19 sejak minggu lalu. foto AP

ARSENAL mengesahkan bahawa Calum Chambers merupakan pemain seterusnya dijangkiti Covid-19 menjelang suku akhir Piala Carabao menentang Sunderland.

Pemain pertahanan berusia 26 tahun itu tidak termasuk dalam perlawanan The Gunners dengan Black Cats pada Selasa malam.

Ia susulan kelab utara London itu mengumumkan Chambers sebagai pemain Gunners ketiga dijangkiti virus itu, pada minggu lalu.

Pada hujung minggu, bos Arsenal, Mikel Arteta mendedahkan pemain tengah, Albert Sambi Lokonga dan pemain pertahanan, Pablo Mari disahkan positif Covid-19 sebelum kemenangan mereka di Leeds pada Sabtu.

Bagaimanapun, The Gunners menegaskan bahawa penyakit yang dialami Ainsley Maitland-Niles sehingga pemain itu tidak menyertai perlawanan menentang Sunderland bukan disebabkan Covid-19.

Bercakap kepada Sky Sports sebelum perlawanan suku akhir, jurulatih itu berkata: "Kita mempunyai dua masalah: Ainsley sakit dan Callum disahkan positif Covid-19.

"Kita kehilangan kedua-dua mereka," katanya. - Mail Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Nadal positif Covid-19

Artikel Lain