suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

EPL akhirnya dedah kadar vaksinasi pemain, 16 peratus bintang belum ambil vaksin Covid-19

EPL mendedahkan kadar vaksinasi terbaharu dalam kalangan pemainnya. foto PA

LIGA Perdana Inggeris (EPL) akhirnya mengeluarkan kadar vaksinasi terbaharu dalam kalangan pemain, dengan 16 peratus bintang masih belum mengambil sebarang dos vaksin Covid-19.

Menerusi satu kenyataan rasmi, pihak pengurusan mengesahkan bahawa 84 peratus pemain sedang 'dalam proses vaksinasi'.

Ini bermakna mereka telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Angka itu menunjukkan bahawa 16 peratus bintang masih belum menerima dos pertama mereka.

Secara keseluruhan, 92 peratus pemain dan kakitangan telah menerima satu, dua atau tiga dos.

Namun, angka tersebut dianggap rendah berbanding dengan perkongsian oleh liga terkemuka di seluruh Eropah.

Bundesliga Jerman mendedahkan 94 peratus pemain dan kakitangan telah diberi vaksin, manakala kadar vaksinasi Serie A Itali ialah 98 peratus.

Terdahulu, EPL dikritik kerana keengganan untuk mengeluarkan kadar vaksinasi pemainnya. - Mail Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Nadal positif Covid-19

Artikel Lain